Welcome to G-Shock Malaysia Portal! Buy, Sell, Discuss & Share Info On G-Shock / Baby-G Watches Here. All In One Place!

G-News Coca-Cola x G-Shock DW-5600 dan GA-110 di China

Admin
Administrator
Admin

Admin

103
1
Lihatlah kolaborasi Coca-Cola x G-Shock baru-baru ini dari China. Casio China membuka kedai pop-up khusus untuk pelancaran, yang boleh anda lihat di Zona Casio. Menurut laporan kewangan Casio yang terkini, China mewakili pasaran yang sangat besar untuk jam tangan Casio (dengan lebih banyak jualan berbanding di Amerika Utara atau Eropah). Tidak hairanlah melihat banyak kolaborasi yang berlaku di sana hari ini, tetapi tidak selalu kita melihat kolaborasi dengan jenama gergasi seperti coca-cola ini.

406

407
408
409
410


Kolaborasi ini direka oleh Kazuki Kuraishi dan ia termasuk dua set kotak, satu dengan G-Shock DW-5600COCA19-1PRC hitam dengan band nylon dan satu lagi dengan G-Shock GA-110COCA19-4PRC merah berkilat. Muka jam DW-5600 mempunyai design "Ice Cold Coke" dalam tulisan Cina yang berwarna merah dan juga mempunyai logo Coca-Cola. GA-110 mempunyai jalur putih Coca-Cola pada bahagian bawah band dan logo pada band keeper. Juga dimasukkan ke dalam kotak adalah kemeja lengan panjang yang eksklusif dan tin coca-cola yang boleh digunakan untuk menyimpan barang didalam. DW-5600COCA19-1PRC dipasarkan untuk 1,490 CNY (RM881+), dan GA-110COCA19-4PRC sebanyak 1,590 CNY (RM941+).​
 

Create an account or login to comment

Anda mesti menjadi ahli untuk meninggalkan komen

Create account

Daftar akaun di komuniti kami. Ia cepat dan mudah!

Log in

Sudah mempunyai akaun? Daftar masuk disini.

Top Bottom