Welcome to G-Shock Malaysia Official Community™

G-Shock Malaysia Trusted Seller

Review G-Shock 'KING' GXW-56-1BJF

G-Shock Malaysia
Administrator
Admin

G-Shock Malaysia

Jul 4, 2019
55
1
101
102
103

104
105
106

107
108
109


Sebelum saya mulakan review ini, saya ingin memberitahu perbezaan antara GXW dan GX. GXW mempunyai 'multi-band atomic timekeeping'. GX adalah versi yang lebih murah, dan mempunyai semua ciri GXW kecuali 'atomic time calibration'. Review ini memberi tumpuan khusus kepada GXW-56-1BJF yang saya import dari Jepun untuk mendapatkan 'atomic time calibration', tetapi kebanyakan yang akan saya sampaikan nanti akan berkaitan dengan GX juga.

Pemikiran sebalik GXW-56 (dan GX-56) adalah bahawa, saiz G-Shock secara tipikal tidak begitu besar. Ya, G-Shock pasti lebih besar berbanding jam tangan jenama lain, tetapi jika anda melihat jam tangan yang trending dipasaran, G-Shock tidak sepenuhnya menguasai dari segi saiz. Jadi untuk mengekalkan status mereka sebagai 'trend-setter', G-Shock terpaksa mengambil langkah seterusnya.

Mujurlah, Casio memutuskan untuk melakukan sesuatu yang konstruktif dengan semua ruang yang berlebihan dalam case itu: mereka mengisinya dengan aGEL yang mereka gambarkan seperti ini:
1564900107922.png



Jadi apa bahan dalam aGEL yang misteri ini? aGEL, atau Alpha GEL, adalah nama jenama bahan gel silikon lembut yang pertama kali dibuat terkenal dengan kasut Asics, dan ia membantu menjadikan GXW-56 lebih tahan (dari segi shock & vibration resistant), daripada G-Shock standard anda.

GXW-56 bukanlah tertumpu pada saiznya sahaja. Ia juga mempunyai fungsi dan ciri yang kami jangkakan dari G-Shock. Berikut adalah senarai lengkap:
  • Solar powered. Caj penuh dan tanpa 'atomic time calibration', GXW-56 mampu bertahan selama 11 bulan tanpa cahaya.
  • Multi-band atomic. Seperti semua G-Shock baru, ia adalah 'multi-band 6' yang bermaksud ia boleh menerima isyarat penentukuran masa dari setiap pemancar masa atom di dunia (satu di Amerika Syarikat, dua di Jepun, satu di Jerman, satu di UK, dan yang terbaru di China).
  • 200m (660 feet) water-resistant.
  • Highly shock-resistant. Dengan aplikasi baru Alpha GEL yang diletakkan pada empat tempat iaitu pada kedudukan 12, 3, 6, dan 9, GXW lebih 'shock-resistant' daripada model G-Shock sebelumnya.
  • Mud and dust resistant. Lapisan dalaman urethane fleksibel memastikan partikel kecil tidak dapat masuk ke dalam 'case'.
  • Electroluminescent backlight with auto-illumination. Fungsi Auto-light
  • World time with 31 time zones and 48 cities (and UTC).
  • Four daily alarms and one snooze alarm.
  • Stopwatch with a resolution of 1/100th of a second.
  • Countdown timer with a maximum capacity of 24 hours.
  • Perpetual calendar, pre-programmed until 2099
  • 55.5mm x 53.6mm, and 17.5mm high. Weight is about 88 grams.

Untuk meringkaskan, GXW mempunyai segala yang saya jangkakan dari G-Shock, tetapi dalam 'case' yang lebih besar dan kukuh. GX mempunyai segala yang GXW ada kecuali 'atomic time calibration'.

Mesti ada yang terfikir bahawa adakah GXW-56 sebenarnya terlalu besar untuk dipakai. Jawapan saya tidak. Selepas memakainya selama beberapa hari, saya benar-benar menyukai saiznya walaupun tangan saya kecik, dan sampai sekarang, saya tidak berniat untuk menjual.
 

Create an account or login to comment

Anda mesti menjadi ahli untuk meninggalkan komen

Create account

Daftar akaun di komuniti kami. Ia cepat dan mudah!

Log in

Sudah mempunyai akaun? Daftar masuk disini.

Top Bottom