Welcome to G-Shock Malaysia Portal! Buy, Sell, Discuss & Share Info On G-Shock / Baby-G Watches Here. All In One Place!

G-News Hiroshima Toyo Carp x G-Shock (GBA-800) untuk 2020

Admin
Administrator
Admin

Admin

134
1
Pasukan besbol Hiroshima Toyo Carp mengeluarkan jam tangan G-Shock yang menarik setiap tahun, dan kolaborasi G-Shock GBA-800 tahun ini lebih menarik. Jam tangan kali ini bagi meraikan ulang tahun ke-70 pasukan besbol Hiroshima Toyo Carp dengan bezel merah, band biru, dan aksen putih (termasuk butang putih dan penanda) serta logo Carp pada band dan muka jam. Backcase mempunyai logo sempena ulang tahun ke-70, dan jam tangan ini datang dalam kotak eksklusif.

455
456


Sesuatu yang luar biasa mengenai jam tangan ini ialah, daripada gambar, backlight LED memaparkan “Choice of Champions” apabila diaktifkan, iaitu grafik yang sama dengan model Everlast x G-Shock GBA-800EL-4A. Nampaknya kerjasama ini dibuat menggunakan bahagian-bahagian dari pengeluaran yang sama seperti kolaborasi Everlast atas sebab-sebab tertentu. GBA-800 adalah model bersaiz serdahana yang mempunyai fungsi step tracker dan Bluetooth.

457
458


Hiroshima Toyo Carp x G-Shock GBA-800 adalah terhad kepada 2,000 unit dan jualan berlangsung di Jepun pada 1 Februari, 2020, di www.shop.carp.co.jp (ID pendaftaran diperlukan). Harga runcit ialah 18,500 JPY (RM690+ termasuk cukai).​
 

Create an account or login to comment

Anda mesti menjadi ahli untuk meninggalkan komen

Create account

Daftar akaun di komuniti kami. Ia cepat dan mudah!

Log in

Sudah mempunyai akaun? Daftar masuk disini.

Top Bottom