Welcome to G-Shock Malaysia Portal! Buy, Sell, Discuss & Share Info On G-Shock / Baby-G Watches Here. All In One Place!

G-Shock Malaysia Trusted Seller

Topic Isu G-Shock: Adakah Jam G-Shock Made In China/Thailand Tidak Original?

G-Shock Malaysia
Administrator
Admin

G-Shock Malaysia

Jul 4, 2019
76
1
151
152

Isu original atau tidak, ia sentiasa menjadi perbualan dan pedebatan antara peminat jam g-shock. Dari dulu, hingga hari ini, mereka akan tertanya-tanya tentang hal ini. Kenapa ini berlaku? Salah satu sebab adalah "G-SHOCK SEMAKIN RAMAI PEMINAT". Ya..itu salah satu sebab. Peminat yang baru masuk ke alam g-shock ini biasanya mereka yang tidak tahu ape2 tentang g-shock. Mereka rasa ingin memiliki g-shock mungkin di sebab kan oleh dorongan kawan mereka atau terikut dengan artis pujaan mereka. Itu mungkin salah satu sebab yang KUKUH yang terjadi hari ini.

Namun, selepas isu ORIGINAL atau TIDAK reda, datang lagi isu baru iaitu isu " MADE IN".

Adakah made in CHINA itu tidak ORIGINAL?
Adakah jam made in JAPAN sahaja original?
Bagaimana pula dengan made in THAILAND?


Di bawah ada satu nota untuk panduan mereka yang baru. Anda boleh rujuk nota di bawah untuk kefahaman tentang isu " MADE IN " .

Selamat membaca! :)

Pertama sekali kita kena faham bahawa Casio mempunyai 3 kilang produksi di Jepun, Thailand & China. Setiap kilang mempunyai fungsi yang sama dalam semua pembuatan jam Casio, tetapi dibahagikan pada 3 aras. Pertama jikalau model yang dikeluarkan seperti model ekslusif seperti model Frogman, MR-G, MT-G, Protrek MANASLU, Oceanus dan model-model khas DW-6900, semua model diletak sebagai model aras 1, model yang paling tinggi dari segi pembuatan, pemilihan bahan-bahan yang berkualiti tinggi dan dengan prinsip 1 jam 1 pembuat, maka kesemuanya termasuk aksesori (tali, buckle, butang dan lain-lain) dibuat sepenuhnya kat Jepun. Contohnya sekiranya bahagian belakang jam di tempa perkataan Japan Y, Japan K atapun Japan P dan buckle juga Japan maksudnya 100% Made In Japan.

Untuk aras 2 ialah untuk kilang Thailand yang khusus dalam pembuatan model pertengahan seperti model model Master of G, contoh Riseman dan Rangeman dan juga model Protrek yang lain seperti model PRG-110,130,240,260,270 dan juga PRW-3000. Kalau model ini buatan Thailand tapi buckle Jepun maksudnya buckle ini khas untuk model tersebut. Contohnya Protrek PRG-110Y, buatan Thailand tapi buckle Japan maksudnya, kilang Thailand akan import masuk tali khas ini dari Casio Jepun, sekiranya model yang biasa maka jam dan tali juga akan datang dari kilang yang sama.

Akhir sekali aras 3 iaitu untuk model 'entry' ataupun model yang murah dan popular seperti model DW-6900/DW-5600 standard akan dibuat di China sebab kos pembuatan murah dan tidak perlu banyak kepakaran teknikal. Disamping itu kilang China juga terlibat dalam pengeluaran model yang popular seperti model GA-110 dimana hampir 90% model ini datang dari kilang China. Akhir kata, itu hanya pendapat umum saja tentang kualiti Jepun adalah terbaik, tapi itu bukan bermaksud kilang kat Jepun tiada masalah kualiti, pun ada juga. Selagi Casio masih mengekalkan tahap kualiti dalam keadaan terkawal, ini tidak menjadi isu besar di mana jam itu dibuat.tidak semestinya buckle or back case xde cop japan jam tu xori...
 

Create an account or login to comment

Anda mesti menjadi ahli untuk meninggalkan komen

Create account

Daftar akaun di komuniti kami. Ia cepat dan mudah!

Log in

Sudah mempunyai akaun? Daftar masuk disini.

Top Bottom