Welcome to G-Shock Malaysia Portal! Buy, Sell, Discuss & Share Info On G-Shock / Baby-G Watches Here. All In One Place!

G-News KITH x G-Shock (GM-6900) untuk 2020

Admin
Administrator
Admin

Admin

134
1
Ronnie Fieg mengumumkan kolaborasi G-Shock GM-6900 yang akan datang dengan jenama gaya hidup NYC dan peruncit streetwear Kith. Ini adalah kolaborasi pertama model GM-6900, yang berdasarkan pada model klasik DW-6900 yang meraikan ulang tahun ke-25 tahun ini.

466
470
471
472


Jam tangan KITH x G-Shock GM6900 mempunyai bezel dan faceplate rose gold stainless steel yang bersalut ion dan logo Kith diukir pada butang lampu. Ini juga merupakan model GM-6900 pertama yang mempunyai paparan LCD positif (biasanya adalah negatif display).

468
473


Jam tangan ini datang sekali dengan dua band resin "quick-release" dalam warna hitam dan warna putih dengan corak monogram Kith serta band keeper dan buckle IP stainless steel berwarna rose gold. Slogan atau Tagline "Just Us" muncul apabila lampu belakang EL diaktifkan, dan logo Kith terdapat pada back case rose gold IP stainless steel. Kotak custom serta display case termasuk dalam set ini. Kith mengeluarkan video promo yang menampilkan pencipta G-Shock Kikuo Ibe (lihat di bawah).

KITH x G-Shock GM6900 yang terhad ini akan boleh didapati online di Kith.com pada 10 Februari, 2020, 11 pagi, dan juga di kedai, dengan harga AS $ 380 (RM1573+). (Kith mempunyai kedai di New York, Los Angeles, Miami, dan London). Ia juga dilaporkan bahawa kolaborasi ini akan dijual di kedai-kedai G-Shock yang terpilih di Asia.

http://instagr.am/p/B8RW6bKhQJn/
http://instagr.am/p/B8O5TR3hEKz/
 

Create an account or login to comment

Anda mesti menjadi ahli untuk meninggalkan komen

Create account

Daftar akaun di komuniti kami. Ia cepat dan mudah!

Log in

Sudah mempunyai akaun? Daftar masuk disini.

Top Bottom