Welcome to G-Shock Malaysia Portal! Buy, Sell, Discuss & Share Info On G-Shock / Baby-G Watches Here. All In One Place!

Official Terma dan Syarat GshockMalaysia.com (mesti baca)

Admin
Administrator
Admin

Admin

110
1
Anda perlu mematuhi beberapa syarat. Anda digalakkan memperkenalkan diri di dalam forum 'Introduce Yourself' dahulu sebelum memulakan posting yang lain supaya ahli-ahli lain dapat mengenali anda.

Anda dilarang untuk:

1. Spamming ( Dilarang post hanya sekadar smiley atau ayat terlalu pendek )
2. Membuka topik yang boleh menyinggung sensitiviti agama atau kaum lain.
3. Membuka topik yang sudah pun dibuka oleh ahli lain sebelumnya.
4. Membuka topik yang tiada kena mengena dengan kepentingan Forum ini
5. Membuat "double posting" atau kiriman yang berganda dalam sesebuah topik tanpa sebab-sebab yang munasabah
6. Membuat kiriman yang boleh menyebabkan pergaduhan sesama ahli
7. Menggunakan kata-kata lucah atau kesat kepada ahli lain (so goes to double meaning yang keterlaluan)
8. Membuat kiriman yang tidak releven dengan tajuk topik(thread)
9. Mengepilkan gambar-gambar lucah dan tidak disenangi awam
10. Berbincang mengenai politik
11. Keluar dari topik perbincangan
12. Kiriman yang dipenuhi dengan smiley dan perkataan 'ya', 'setuju', 'tidak' dan sebagainya
13. Berkongsi media lucah seperti anime lucah dan lain-lain yang berkenaan dengannya.

Sebelum membuat post jualan untuk jam anda, sila pastikan:
1. Setiap “POST” JUALAN hendaklah menggunakan “WATERMARK”. Contohnya Jika nama FB adalah Ali bin Ahmad tapi nama glamour dia Supersaiyan, maka ianya boleh dipertimbang dan dibenarkan. Kami tetap akan memantau sama ada seller ni adalah genuine.
2. Kami juga menyeru jika ada syak seller tertentu adalah potential scammer, silalah merujuk kepada pihak Admin / Mod
3. Setiap transaksi JUAL BELI adalah merupakan TANGGUNGJAWAB DIRI SENDIRI. Dan sila ScreenShot untuk tanya kepastian sebelum urusan bayaran dilaksanakan. Boleh tanya di forum 'G-Shock Discussions'.
4. KAMI (ADMIN & MOD G-SHOCK MALAYSIA) TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB DENGAN SETIAP JUAL BELI YANG BERLAKU.
5. Hanya jam G-SHOCK atau CASIO yang “ORIGINAL” sahaja dibenarkan di “POST” untuk sebarang JUALAN.
6. Setiap “POST” hendaklah diletakkan butiran jelas seperti GAMBAR JAM YANG JELAS, KEADAAN JAM, KOTAK, AKSESORI DAN KONDISI (Contoh 9/10).
7. Barang jualan yang DIBENARKAN ialah BAJU G-shock, TOPI G-shock, AKSESORI JAM (BULLBARS, BNB, FACEPLAT, BUTTON), G-MAN.
8. Tidak dibenarkan membuat “AUCTION” di GshockMalaysia.com.
9. DILARANG MENJUAL jam yang masih di laman EBAY/AUCTION, “POST” akan di “DELETE” dan “BLOCK” serta merta.
10. Sebarang “POST” yang diragui hendaklah diberitahu kepada Admin atau Mod seperti “SCAMMER”.
11. Ahli dialu-alukan bertanya untuk model jam tertentu atau pegesahan “TRUSTED SELLER” sebelum membuat belian secara POS.
17. Admin & Mod berhak meminta gambar kad pengenalan, passport, temubual, atau apa-apa yangdifikirkan wajar kepada “SELLER” yang baharu.

Sekiranya ahli tidak mengikut polisi ini, Admin/Mod berhak untuk

1. mengubah kiriman/topik anda
2. membuang kiriman/topik anda dari database (delete)
3. menyenaraihitamkan nama anda (Banned)

Perilaku yang boleh dikenakan tindakan banned:~

1. menggugat atau mencabar kredibiliti Admin/Mod
2. mengaibkan users lain (soal kesahihan tidak diambil kira)
3. menimbulkan kekecohan atau pergaduhan
4. bersekutu dengan user yang menimbulkan kekecohan di forum.
5. melanggar syarat~syarat berposting (seperti di atas)

Kami perlukan kerjasama anda untuk tidak melanggar etika berforum ini. Sekiranya ada pertanyaan berhubung perkara ini, anda boleh tujukan pertanyaan anda kepada Admin/Mod yang sedang online.

Sebarang maklumat terkini akan kami maklumkan di sini dari masa ke semasa.

Harap Maklum.
 

Create an account or login to comment

Anda mesti menjadi ahli untuk meninggalkan komen

Create account

Daftar akaun di komuniti kami. Ia cepat dan mudah!

Log in

Sudah mempunyai akaun? Daftar masuk disini.

Top Bottom